memang sunnah hidup perlu diuji .. kisah hidup manusia ..
.. tidak berkisar pada diri sendiri .. sentiasa berkait rapat dgn semua makhluk ciptaan ALLAH yg esa .. samada makhluk yang bernyawa mahu pun yang melata .. dan sesungguhnya tidak ALLAH jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah padaNYA .. dan berlumba-lumbalah dalam kebaikan agar menjadi hamba yang paling baik disisiNYA ..
aku inginkan syurga akhirat .. lantaran itu wajib bagiku menjadikan pentas dunia ini sebagai syurga pertama buatku agar nikmat syurga akhirat lebih bermakna bagiku .. dan syurga akhirat itu tak mungkin dapat ku kecapi andai syurga dunia gagal untuk kumiliki .. bukan sedikit mahar yang perlu ku bayar andai redha maha sang pencinta ingin ku raih .. bukan sedikit ujian yang perlu aku hadapi andai cinta ilahi ingin ku nikmati ..
Sunday, August 16, 2009
.kuatkah aku menghadapi ujian dari MU ya ALLAH ...
Saturday, July 11, 2009
MUHASABAH IMTIHAN..dedikasi buat diri .. suami .. dan sahabat semua ..
setelah sekian lama di biarkan laman ini tidak dimuatkan dgn entri terbaru..hari ini rasa terpanggil untuk menulis dikeranakan debaran yg semakin kencang akibat keresahan menanti keputusan peperiksaan, yang telah tamat sebulan yg lalu .. kini semakin terasa debarannya menanti apakah kesudahannya..adakah ianya membanggakan . menggembirakan atau sebaliknya ..
اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين والأولين والممتازين فى كل امتحان فى الدين فى الدنيا والأخرة ..ولا تجعلنا من الراسبين يا الله ياارحم الزاحمين ..
ya allah ya tuhan kami engkau jadikanlah kami dari kalangan org yg beroleh kejayaan org yg beroleh keutamaan dan kecemerlangan .. pada setiap ujian yg engkau berikan di dunia dan diakhirat .. dan jgnlah engkau jadikan kami antara org2 yg gagal ya allah ya rahman ya rahim ... ameen
namun sedar mahu pun tidak, sebenarnya kehidupan kita sentiasa melalui fasa peperiksaan ..setiap hari kita berhadapan dengan dunia peperiksaan yg hakiki .. pernahkah kita fikirkan adakah kita telah cemerlang dengan medan peperiksaan yg sebenar yg diadili oleh yg maha kuasa al-khaliq .. ALLAH azzawajalla ..
andai kita menjawab di dewan peperiksaan .. yg memebelenggu kita adakah jawapan kita menepati piawaian para pemeriksa kertas ujian .. adakah apa yg diminta memenuhi kretiria pemarkahan .. adakah memadai hanya dengan memenuhi kertas jawapan tanpa mengira bertepatan dengan apa yg dikehendaki para pensyarah .. persoalan demi persoalan yg membimbangkan sering menggaggu kehidupan ... hari yg tenang seakan berkocak .. suram menanti apakah kesudahan dan keputusannya peperiksaan di pentas dunia ..
namun disebalik keresahan menanti keputusan peperiksaan yg hanya menjanjikan kesenangan duniawi itu pernahkah terselit kerisauan diatas peperiksaan yg hanya diadili oleh yg esa yg keputusanya hanya dua samada syurga mahu pun neraka ..
pernahkah kita risaukan adakah segala amalan kita diterima .. adakah ianya dikira dihadapan allah .. sudah cukupkah bakti kita pada kedua ibu bapa bg yg bergelar anak.. kepada suami sebagai seorg isteri .. kepada masyarakat sebagai seorg pemimpin .. kepada sahabat sebagai seorg sahabat .. dari seorg mukmin kepada mukmin yg lain .. semoga kita semakin sedar dan berusaha untuk sama-sama lulus ujian dihadapan allah ..
dedikasi buat diri .. suami .. dan sahabat semua ..
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن
ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Friday, May 22, 2009
LELAKI DALAM DOAKU
Lelaki acuan al Quranadalah yang punya iman bersalut ketaatan
hatinya bertaut tunduk pada ar Rahman
dalam sunyi, mahupun bingarnya manusia
dia tetap malu melakukan kemaksiatan...
Dia lelaki acuan al Quran
yang sujudnya penuh ketaatan
yang tidak punya masa untuk dibazirkan
yang matanya kepenatan kerana pembacaan
yang suaranya lesu setelah penat mengalunkan al Quran
SUAMI, SIAPA LAGI LELAKI YANG BERADA DALAM TADAHAN DOAKU JIKA BUKAN DIRIMU.... Read More......
Friday, May 8, 2009
Dedikasi buat semua yang bergelar bonda
Ingin sekali… ( '-' )
Ingin sekali bersamamu...
Bagai waktu dulu
Senandungkan sebuah lagu
Lagu lama dan baru
Memaku resah dan pilu
Ingin sekali bersamamu...
Mengutip sisa waktu
Menemani dirimu
Membalut lukamu
Menadah resahmu
Menganyam tikar kehidupan
Menjadi alas lena tidurmu
Bagai dalam dakapan
Ingin sekali bersamamu...
Meniti detik dan waktu
Menatap wajah sayu
Mengukir sebuah senyuman
Memohon doa dan restu
Untuk sebuah kehidupan
Ingin sekali bersamamu... Ibu.
SELAMAT HARI IBU
Wednesday, April 29, 2009
FIQH MAR'AH
ميحرلا نمحرلا للها مسب
BAB 1
HAIDH
Istilah
Haidh dari segi bahasa berarti mengalir .
Pada syara’ berarti darah yang keluar dari rahim perempuan atas jalan adat pada umur baligh diwaktu yang tertentu.
Warna-warna darah hadih
Pada mazhab Syafie dan jumhur ulamak warnanya adalah hitam, merah,keemasan, kuning dan keruh .
Sifat darah
1. Pekat
2. Panas
3. Keluar perlahan
4. Berbau busuk
Umur haidh
Disisi jumhur ulamak ialah 9 tahun berdasarkan kebiasaan kerana ketiadaan nas.
Darah Sebelum 9 Tahun
Darah yang keluar sebelum umur 9 tahun adalah darah fasad dan bukannya darah istihadhah dan jika tidak sampai 15 hari genap 9 tahun maka boleh dikira haidh.
Umur Putus Haidh
Tidak ada ketentuan dalam umur penghabisan keluar haidh cuma sekitar 60 tahun dengan lebih atau kurang daripada itu.
Tempoh Keluar Darah Haidh
a. Menurut jumhur ulamak yaitu Syafie, Hanbali, Atha’, Abu Thaur, Al-Auza’i dan Ishaq sekurang-kurang haidh sehari semalam kerana dalil istiqrak.
b. Tempoh biasa adalah 6 atau 7 hari.
c. Tempoh terpanjang bagi haidh adalah 15 hari dan malamnya .
d. Tempoh minimum bagi masa suci adalah 15 hari dan malamnya .
Tidak ada had bagi tempoh maksimum masa suci antara dua haidh .
Darah Ketika Hamil
Menurut fuqahak Syafi’iyyah dan Malikiyyah darah yang dilihat semasa hamil adalah haidh .
Haidh Berselang Dengan Suci
Pendapat Pertama :
Hari bersih dikira sebagai haidh dengan 3 syarat :
1. Hari bersih dicelah hari haidh
2. Tempoh bersih tidak lebih 15 hari
3. Darah kedua yang keluar mencapai sehari semalam
Pendapat Kedua :
Berdasarkan talfiq yaitu hari bersih bukan dikira hari haidh. Masalah ini hanya berkait dengan sembayang,puasa dan seumpamanya tidak termasuk bilangan iddah.
Darah Sebelum Bersalin
Darah yang keluar ketika sakit hendakm bersalin adalah darah fasad dan yang keluar semasa sedang bersalin adalah darah tolaq dan jika keluar lebih sehari semalam sebelum bersalin dan terputus dari masa bersalin adalah darah haidh.
Berhenti Darah
Menurut jumhur ulamak yaitu Syafi’e, Hanafi dan Maliki dengan ketiadaan warna darah dan warna kuning dan keruh dibahagian dalam faraj bukan dibahagian luar sekalipun masih ada cairan keputihan seperti susu.
Warna kuning atau keruh yang terasing dari haidh tidak dikira haidh.
Larangan Keatas Perempuan Haidh
1. Solat.
Masalah :
i- Jika suci pada masa yang sempat serakaat sembahyang maka wajib ditunaikan solat tersebut dengan tiada khilaf.
ii- Jika tidak sempat masa serakaat sembahyang maka qaul yang asah wajib ia qadha sembahyang tersebut bersama sembahyang sebelumnya yang harus jamak.
iii- Jika datang haidh dalam waktu solat yang belum ditunaikan maka wajib diqadha jika sempat masa sekurang-kurang solat dan tidak wajib qadha jika tidak sempat masa sekurang-kurang solat menurut pendapat yang sahih.
iv- Pendapat yang mewajibkan perempuan haidh berwuduk dan bertasbih pada waktu-waktu solat adalah dhaif.
2. Puasa
Haram dan tidak sah mengerjakan puasa Ramadhan dengan ijma’ .
Wajib menqadha puasa Ramadhan dengan ijma’ .
Masalah :
i- Batal puasa dengan keluar darah haidh sekalipun sekejap sebelum terbenam matahari dan wajib qadha.
ii- Wajib berpuasa jika berhenti darah sekejap sebelum terbit fajar sekalipun tidak sempat mandi .
iii- Puasa yang telah dikerjakan sekerat jalan diberi pahala .
iv- Meninggalkan puasa kerana mematuhi larangan syara’ juga diberi pahala.
3. Tawaf
Haram dan tidak sah mengerjakan tawaf fardhu (ifadhah) atau sunat dengan ittifaq ulamak .
Masalah :
Perempuan haidh yang belum mengerjakan tawaf rukun dan tidak mampu untuk menunggu sehingga hari sucinya harus memilih salah satu pendapat-pendapat berikut :-
i- Menggunakan ubat untuk menghentikan darah kemudian mandi dan tawaf.
ii- Bertaqlid kepada mazhab Hanafi yang berkata dengan
sah tawaf perempuan yang tidak putus darah haidh
ii- Bertaqlid kepada pendapat Imam Malik yang berkata
jika telah ia kerjakan tawaf Qudum dan Sa’i selepasnya maka gugur kewajipan tawaf rukun.
4. Membaca Quran dan Sentuhnya
Haram disisi jumhur ulamak jika diniatkan membaca Quran sekalipun satu kalimah atau satu huruf.
Tidak haram melihat Quran atau membaca didalam hati
Harus atas yang haidh melakukan ibadah seperti berzikir, membaca tahlil, tahmid, tasbih, berdoa dan membaca kitab-kitab selain Al-Quran seperti hadith, fiqh dan seumpamanya.
Masalah :
Jika perempuan yang haidh takut hilang hafalan maka harus dilakukan perkara berikut :
i- Membacanya didalam hati tanpa melafazkan menurut pendapat jumhur ulamak.
ii- Jika tidak berhasil dengan membaca didalam hati maka harus ia taqlid pendapat mazhab Maliki yang mengharuskan yang haidh membaca Quran.
5. Berhenti Dalam Masjid
6. Talaq
Haram atas suami menceraikan isteri yang sedang haidh tetapi cerai tersebut adalah berlaku.
Cerai didalam iddah hanya berlaku pada ketika hamil kerana diyakini iddah selesai dengan beranak atau suci yang belum dijima’ kerana iddah selesai dengan tiga quru’.
Suami yang menceraikan isteri didalam haidh wajib meruju’ semula isterinya untuk diceraikan semula menurut syara’ dan dengan paksaan jika enggan.
Keadaan-kedaan Yang Diharuskan Talaq Ketika Haidh
i- Suami menjatuhkan talaq keatas isteri yang haidh didalam iddah raj’i.
ii- Suami menta’liqkan talaq dengan berakhir haidh isteri.
iii- Suami menjatuhkan talaq keatas isteri haidh yang belum pernah dijima’.
iv- Isteri yang berhaidh itu hamil.
v- Dengan tebus talaq.
vi- Isteri yang habis tempoh illa’ meminta suami menjatuhkan talaq ketika haidh kerana suami enggan menyetubuhinya ketika suci.
vii- Talaq yang dijatuhkan oleh hakim atau qadhi.
Iddah Talaq
Selesai iddah perempuan yang mempunyai haidh dengan tiga kali suci.
Firman Allah :
- ي تاقّلطملاوءورق ةثلاث ّنهسفنأب نصّبرت -
Artinya :
“Perempuan-perempuan yang ditalak itu hendaklah menahan diri mereka selama tiga quru’.”
Perempuan yang tidak ada haidh hendaklah beriddah selama tiga .
7- Jima’ Isteri Haidh
Haram dengan ijma’ sekalipun dengan berlapik.
Firman Allah :
ضيحملا يف ءآسنلا اولزنعاف- -
Artinya :
“Maka jauihilah akan isteri-isteri didalam masa haidh”
Haram jima’ ini berkekalan sekalipun setelah kering darah sebelum mandi kerana firman Allah :
مأ ثيح نم نهوتأف نرّهطت اذإف نرهطي ىتح نهوبرقت لاوللها مآر- -
Artinya :
“ Dan jangan kamu hampiri mereka itu sebelum mereka suci. Maka apabila mereka telah bersuci maka datangilah mereka itu menurut apa yang diperintahkan akan kamu oleh Allah.”
Masalah :
Jika suami takut jatuh kepada zina maka diharuskan jima’ isteri ketika didalam haidh.
Kifarah Jima’ Isteri Haidh
Tidak wajib disisi jumhur membayar kifarah cuma sunat menurut sebahagian fuqahak kifarah satu dinar pada ketika kuat darah dan setengah dinar pada ketika perlahan darah dan tiada kifarah pada ketika kering darah sebelum mandi.
8- Istimta’ Diantara Pusat Dan Lutut
Haram disisi jumhur ulamak.
Masalah :
- Harus isteri haidh menggauli sekelian tubuh suami termasuk zakar dengan sekelian anggota badan isteri selain antara pusat dan lutut isteri.
- Harus berkhidmat untuk suami seperti menyikat rambut, memasak, menghidangkan makanan dan minuman dan lainnya tanpa makruh.
- Harus isteri berbaring dalam satu selimut dengan suami dengan memakai kain.
- Sah nikah perempuan yang sedang haidh.
9- Mandi
Haram mandi dengan niat mengankat hadas dan tidak makruh memotong kuku dan sebagainya sebelum mandi.
BAB 2
ISTIHADHAH
Istihadhah menurut syara’ ialah darah yang keluar sebab penyakit pada urat ‘adzil didalam rahim pada selain waktu haidh dan nifas.
Perempuan-perempuan Mustahadhah Dizaman Nabi saw
Ummu Habibah binti Jahsy, Zainab Ummul Mukminin, Fatimah binti Abi Hubaish, Hamnah binti Jahsy, Sahlah binti Sahal, Zainab binti Jahsy, Zainab binti Ummi Salamah, Saudah binti Zam’ah, Asma’ binti Murthad, Badiyah binti Ghailan dan Asma saudara Maimunah radhiallahu ‘anhunna.
Lima Jenis Darah Istihadhah
1- Kurang dari tempoh minimum haidh
2- Melebihi tempoh maksimum haidh
3- Sebelum umur haidh
4- Melebihi tempoh maksimum nifas
5- Melebihi tempoh kebiasaan bagi haidh dan nifas serta melebihi tempoh maksimum haidh dan nifas
Empat Keadaan Istihadhah
i- Keluar darah melebihi 15 hari dari perempuan yang belum pernah haidh dan tidak dapat membezakannya.
Menurut pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafie hari haidhnya hanya sehari semalam sahaja dan sucinya 29 hari kerana sehari itu adalah haidh yang diyakini.
ii- Keluar darah haidh melebihi 15 hari dari perempuan yang belum pernah haidh tetapi dapat membezakan darah dengan sifat-sifatnya. Seperti keluar pada mulanya berwarna hitam kemudian berwarna merah maka pada ketika darah hitam itu dikira haidh dan selebihnya adalah istihadhah .
iii- Keluar darah melebihi hari yang yang ia pernah haidh dan tidak dapat membezakannya.
Perempuan ini wajib imsak dari beribadah kerana mungkin darahnya berhenti selepas 15 hari. Jika berhenti sebelum 15 hari maka sekelian hari tersebut adalah haidh.
Jika melebihi 15 hari maka darah tersebut adalah istihadhah maka wajib dilakukan mandi.
Jika tidak dapat dibezakannya maka kembali kepada hari-hari yang biasa ia berhaidh dan selebih hari biasa adalah istihadhah dan wajib diqadha solat yang ditinggal pada hari selebih hari biasa itu.
Jika berulang pada bulan seterusnya maka hendaklah ia terus berhaidh pada hari biasanya tanpa imsak.
iv- Perempuan yang biasa haidh pada tempoh tertentu dan dapat membezakan sifat-sifat darah.
Jika biasa ia berhaidh 7 hari kemudian datang darah berwarna hitam selama 10 hari dan selebihnya berwarna merah maka ia dikira haidh selama 10 hari kerana menilik kepada sifat darah haidh yang satu bukannya 7 hari.
Jika datang darah melebihi 7 hari biasa tanpa berbeza sifat maka dikembalikan pada hari yang biasa ia berhaidh.
Hukum Berkaitan Perempuan Mustahadhah
Perempuan yang mengalami istihadhah adalah sama hukumnya dengan perempuan yang suci pada wajib menunaikan solat dan lainnya melainkan pada beberapa perkara berikut :
1. Istinjak
Selepas melakukan istinjak hendaklah menahan darah dari keluar seperti menaruh kapas dan jika kuat darahnya hendaklah memakai ikatan seperti cawat.
2. Wuduk
Wuduk wajib dikerjakan selepas masuk waktu solat disisi jumhur ulamak.
Wajib mengambil wuduk untuk setiap solat fardhu atau qadha dan tidak wajib mandi melainkan sekali ketika tamat haidh .
Adapun solat sunat maka harus dikerjakan seberapa banyak yang ia kehendaki.
3. Solat
Wajib segera megerjakan solat kerana mengurangkan hadas .
4. Masuk Masjid dan Membaca Quran
Harus perempuan mustahadhah masuk kedalam masjid untuk solat atau i’tikaf atau membaca Quran dengan syarat menjaga dari titik darah.
5. Tawaf
Harus melakukan tawaf dengan menjaga dari titik darah .
6. Jima’
Harus jima’ isteri mustahadhah disisi jumhur ulamak pada waktu yang selain waktu haidh .
BAB 3
PEREMPUAN MUTAHAYYIRAH
Perempuan mutahayyirah bermaksud seorang perempuan yang bingung tidak mengetahui atau lupa masa haidhnya dan bilangan hari yang ia biasa berhaidh.
Hukum Perempuan Mutahayyirah
1. Wajib mengerjakan solat fardhu selama-lamanya kerana ia berkemungkinan didalam kekal suci dan harus dikerjakan solat sunat tanpa batas.
2. Haram suami menyetubuhinya dan istimta’ pada barang antara pusat dan lutut menurut pendapat yang asah.
3. Haram membaca Quran melainkan didalam sembahyang.
4. Haram menyentuh Quran dan membawanya.
5. Harus berhenti didalam masjid jika tidak takut mengotorinya.
6. Wajib mandi pada setiap waktu solat kerana kemungkinan berhenti darah pada waktu itu dan wajib mengenakan ikatan yang baru pada faraj.
7. Tidak sah menjadi imam bagi kaum perempuan.
8. Tidak wajib membayar fidhyah bila berbuka puasa kerana menyusukan anak.
9. Wajib suami beri nafaqah sekalipun tidak dapat menyetubuhinya.
10. Tidak sah khiar fasakh oleh suami.
11. Beriddah selama 3 bulan bukan dengan quru’ jika tidak hamil.
BAB 4
NIFAS
Pada bahasa berarti beranak dan pada sudut syara’ bermakna darah yang keluar dari rahim kemudian daripada beranak.
Tempoh Nifas
a. Tiada tempoh minumum bagi nifas dengan ittifaq ulamak fiqh.
b. Kebiasaan perempuan mengalami nifas selama 40 hari.
c. Tempoh maksimum bagi nifas ialah 60 hari .
Masalah :
i. Apabila tidak keluar darah melainkan selepas 15 hari dari hari beranak selama sehari atau lebih maka dikira darah haidh .
ii. Jika keluar darah sebelum 15 hari dari hari beranak maka permulaan nifasnya adalah dari hari permulaan keluar darah bukan dari permulaan beranak.
iii. Jika berhenti darah setelah keluar beberapa hari dan masa berhenti itu selama 15 hari atau lebih kemudian keluar darah selama sehari semalam atau lebih maka darah pertama adalah nifas dan yang kedua adalah haidh .
iv. Jika darah yang kedua tidak sampai sehari semalam maka darah tersebut adalah darah fasad .
v. Jika darah yang kedua itu lebih dari 15 hari maka dikira darah istihadhah.
vi. Jika berhenti darah nifas sebelum 40 hari maka hendaklah ia mandi dan mengerjakan solat dan kewajipan-kewajipan yang lain.
vii. Jika berterusan darah melebihi 60 hari maka dikira darah istihadhah.
Keguguran
Jika berlaku keguguran yaitu keluar anak tidak sampai usia 6 bulan sekalipun mudghah atau ‘alaqah yang akan menjadi janin maka hukumnya sama dengan beranak dan darah yang keluar selepasnya bersamaan dengan hukum darah nifas.
Nifas Beranak Kembar
Darah nifas hanya bermula setelah selesai melahirkan semua anak yang dikandung.
Nifas Beranak Melalui Pembedahan
Seorang perempuan yang beranak kemudian tidak melihat keluar darah dari farajnya maka ia dikira telah suci dan tamat iddahnya jika ia didalam iddah samada beranak melalui faraj atau melalui perut yang dibedah.
Mandi Nifas
Mandi setelah suci dari nifas adalah wajib dengan ijma’ ulamak kerana darah nifas asalnya adalah darah haidh yang terkumpul didalam rahim setelah berlaku kehamilan.
Mandi Wiladah (Beranak)
Jika seorang perempuan melahirkan anak dan tiada sertanya nifas maka wajib ia melakukan mandi wiladah yakni beranak disisi jumhur ulamak.
Perempuan yang telah berhenti darah nifasnya hanya wajib melakukan sekali mandi sahaja sekalipun ada padanya dua hadas iaitu wiladah dan nifas.
Persamaan Nifas Dengan Haidh
Hukum-hukum yang bergantung dengan perempuan yang mengalami nifas kebanyakkannya adalah sama dengan hukum perempuan yang mengalami haidh yakni apa yang diharamkan ketas perempuan haidh juga diharamkan ketas perempuan yang mengalami nifas dan demikian juga dengan apa yang dihalalkan baginya.
Perbezaan Antara Nifas Dengan Haidh
1. Nifas tidak menjadi syarat untuk beristibra’ sebagaimana haidh menjadi syarat untuk beristibra’.
2. Nifas tidak termasuk tanda-tanda baligh sebagaimana haidh kerana terdahulu tanda baligh dengan hamil.
3. Haidh tidak memutuskan muwalat puasa kifarat bersalahan dengan nifas menurut qaul yang terlebih asah.
Alhamdulillah. Selesai dengan taufiq dan hidayah daripada Allah sw
Wednesday, April 15, 2009
Solat Sunat Hifzi:
Cara-Cara mendirikan Solat Sunat Hifzi:
Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka,terutama yang menghafal
al-Quran(golongan hufaza'),agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi...:
Kaedahnya:
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat,dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat,sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3,5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH MULUK..(Tabarakal lazii..)
8. Setelah selesai solat,bacalah doanya
{ دعاء سلفس صلاة الحفظ }
اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّاأَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَايُرضِيْكَ عَنِّيْ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَىالنَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.
Wednesday, April 1, 2009
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)




