Friday, May 22, 2009


LELAKI DALAM DOAKU

Lelaki acuan al Quran
adalah yang punya iman bersalut ketaatan
hatinya bertaut tunduk pada ar Rahman
dalam sunyi, mahupun bingarnya manusia
dia tetap malu melakukan kemaksiatan...

Dia lelaki acuan al Quran
yang sujudnya penuh ketaatan
yang tidak punya masa untuk dibazirkan
yang matanya kepenatan kerana pembacaan
yang suaranya lesu setelah penat mengalunkan al Quran

SUAMI, SIAPA LAGI LELAKI YANG BERADA DALAM TADAHAN DOAKU JIKA BUKAN DIRIMU....